fbp
WeirdKaya BM

“Aku Founder, Aku Godfather, Aku King & I’m Still King” – Chef Amar Nafi Gerai Makin Sendu, Netizen Berang Dakwa Makin Riak!

Terpaling laku, beratur panjang tau :)

Sering terpalit dengan kontroversi tatkala menjelang Ramadan, sekali lagi nasi arab lamb shank Chef Amar menjadi sebutan orang ramai. Namun kali ini, bukan kerana keenakan masakan tetapi ketiadaan pelanggan dan didakwa sudah tidak laku.

- Advertisements -

Enggan membiarkan isu ini terus berpanjangan, Chef Ammar Al Ali menjawab spekulasi yang tular berkenaan kedai nasi arab miliknya kini sudah tidak relevan dan tidak laku.

- Advertisements -

Menerusi satu hantaran yang dibuat oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Najee Mahshar, memperlihatkan Chef Ammar menafikan segala tuduhan yang berlegar di media sosial itu sama sekali tidak benar.

Dalam pada itu, dia juga sempat menyindir warganet di luar sana yang sedang menunggu masa untuk menjatuhkan perniagaan miliknya. Chef Amar juga sempat memperlihatkan keadaan gerai yang dihadiri ramai pelanggan dan terpaksa untuk beratur panjang.

- Advertisements -

“Malaysia is on me now, mereka tunggu saya nak buat salah macam mana. Nak compare me, compare me with somebody like me la.

“Aku yang founder, aku yang godfather, aku yang king, and i’m still the king. Itu sahaja, dont be smart with master.

Rentetan daripada video terbabit, netizen mendakwa Chef Amar semakin riak atas rezeki yang diberikan oleh Allah buatnya memandangkan perniagaannya masih kekal sukses.

Lebih baik merendah diri, lagi ramai orang datang. Cakap meninggi sangat orang menyampah. Bulan puasa, muhasabah sahaja pahala pun berjalan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menunjukkan rasa kurang senang mereka terhadap kenyataan yang dibuat oleh Chef Amar dan ada juga yang menasihati beliau untuk sentiasa merendah diri.


We are hiring writers!
We are hiring writers!