fbp
WeirdKaya BM

“Aduh Kantoi Dah Tempat Ni!” – Netizen Berang Hanora Tular Di Media Sosial.

Manis berlemak, cair di mulut!

Ayam masak mentega dikatakan berasal dari Delhi, India. Masakan ini mula diperkenalkan pada tahun 1950-an oleh pemilik restoran terkenal Moti Mahal.

- Advertisements -

Ayam masak mentega semakin terkenal dan telah diterima baik oleh masyarakat Melayu di Malaysia. Rentetan itu, menu ini telah diolah mengikut citarasa penduduk tempatan. Jadi jangan hairan jika rasanya sedikit manis dan berlemak.

- Advertisements -
@ezlokal.food Buttermilk & salted egg paling tersedap di Shah Alam! #klfoodie #buttermilkchicken #saltedeggchicken #MYFoodie #fyp #makananviral #virall #foodexploration #shahalamfoodie #seksyen14shahalam ♬ Kiw Kiw Cukurukuk (elite version) – Skinny Fun

Hanora Kitchen! Gerai menawarkan pelbagai aneka masakan buttermilk dan salted egg yang enak. Berlokasi di Seksyen 14 Shah Alam, gerai ini dibuka pada jam 10.45 pagi hingga 8 malam.

Buttermilk Chicken! Tekstur rasa creamy, pedas, dan manis yang seimbang membuatkan ia tidak terlalu muak. Ketulan ayam yang begitu juicy dengan portion yang sangat banyak memang puas hati.

- Advertisements -

Dory Fish Buttermilk! Menu wajib cuba ini memang tidak mengecewakan. Tekstur ikan yang lembut dan sangat flavourful ditambah kuah buttermilk yang enak memang terbaik.

Chicken Butter Curry adalah menu istimewa yang tidak akan dijumpai dimana-mana selain Hanora. Rasa kari yang kuat dan ditambah dengan mentega satu kombinasi rasa yang sangat unik dan sedap.

Setuju sangat! kami as student suka sangat order hHanora sebab buttermilk & salted egg terpaling best & tak muak langsung!

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji keenakan masakan di Hanora dan ada juga yang bimbang selepas ini semakin ramai orang berkunjung ke gerai terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!