fbp
WeirdKaya BM

402 Remaja Bawah Umur Dieksploitasi Di 20 Rumah Amal, Kanak-Kanak Diajar Cara Meliwat & Diliwat – KPN

Moga diberikan pengadilan.

Baru-baru ini tular satu isu melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) mengeksploitasi 402 remaja bawah umur di 20 buah rumah amal.

- Advertisements -

Memetik laporan Astro Awani, siasatan telah dibuat oleh Polis Diraja Malaysia dan mengenalpasti modus operandi yang digunakan ialah mengajar mangsa cara meliwat dan mangsa seterusnya akan diliwat oleh penjaga serta dipaksa untuk meliwat kanak-kanak yang lain.

- Advertisements -

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain, melalui risikan dan statement (kenyataan) mangsa-mangsa diliwat oleh penjaga dan diajar untuk meliwat kanak-kanak yang berada di rumah amal terbabit.

“Ini daripada risikan dan percakapan yang telah kita rakam dari awalnya.

- Advertisements -

“Yang keduanya mangsa-mangsa yang tidak sihat tidak dibenarkan mendapat rawatan di klinik sehingga keadaan kritikal,” jelas KPN.

Beliau juga berkata, kanak-kanak dan sentimen agama digunakan oleh rumah amal ini dalam mendapatkan sumbangan dari pihak luar.

Dalam pada itu, Razarudin turut mengesahkan penggunaan objek panas digunakan sebagai tanda hukuman ke atas kanak-kanak jagaan di pusat amal di bawah GISB.

“Menggunakan objek yang dipanaskan bagi mencederakan mangsa sebagai hukuman atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, menyentuh tubuh mangsa dengan alasan melakukan rawatan secara perubatan islam,” katanya dalam sidang media ‘Op Global’ di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang.

Untuk info, lapan kertas siasatan telah dibuka dan menjurus kepada kesalahan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611]; Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 [792]; Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670] Kanun Keseksaan [Akta 574] dan undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa.

Sumber: Astro Awani

- Advertisements -

We are hiring writers!
We are hiring writers!