Nasi lemak dengan pelbagai aneka lauk pauk mencuri perhatian warganet, terutama sekali menawarkan lobster sebagai pilihan.
Menerusi hantaran di TikTok @juraidamamad2, memaparkan dia sedang menjual nasi lemak dan ada yang sanggup berhabis ratusan ringgit malah ribuan ringgit untuk menikmati masakannya itu.
@juraidamamad2 orang besut sila hadir🦑🦑🦑🦞🦞
♬ bunyi asal – umi nasi lemak
Wanita yang lebih mesra disapa Umi berkongsi, ada pelanggan yang sanggup membeli nasi lemaknya sehingga mencecah RM410 dengan pilihan lauk pauk mewah seperti lobster dan sotong.
Difahamkan harga pesanan tersebut begitu mahal kerana lauk yang dipesan salah satunya adalah lobster yang berharga RM180 untuk dua ekor. Selain itu, pelanggannya juga memesan dua sotong besar, udang, telur ikan, dua ketul ayam goreng, dan telur puyuh sambal.
Tengok lah lauk lobster 2 ekor. Sotong gergasi 2 ekor yang belum masak pun entah berapa kalau beli. Ada yang murah ambik nasi lemak lauk ayam sudah ni lauk pun dah 10 jenis.



Meninjau ke ruangan komen, warganet terkejut melihat nasi lemak lobster yang dijual oleh Umi dan ada juga berpendapat harga tersebut amat berpatutan kerana seafood sedikit mahal berbanding lauk yang lain.
