Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menjadi sorotan ramai apabila memberi sumbangan kepada pelakon veteran, Wan Maimunah.

Menerusi hantaran di TikTok, Aliff menghulurkan sedikit wang belanja kepada aktres air mata itu dan meminta mendoakan perniagaannya berkembang maju.
@papalarisofficial Ibu Wan Maimunah seorang Pelakon Lagenda dan sangat baik. Dulu papa selalu tengok lakonan Ibu Wan Maimunah di kaca Tv. Siapa kat sini sama macam papa , cer komen #i ♬ original sound – Aliff Syukri Kamarzaman
“Terima kasih ibu banyak bantu saya (Wan Maimunah), yang shooting duit lain ini duit raya.
“Saya tak minta banyak, cuma ibu doakan saya berniaga semakin maju, jujurnya saya tak senang mana tapi saya cuba untuk berusaha juga. Semoga jeruk-jeruk saya laku, ibu jangan nangis tau,” kata Aliff, semalam.
Lebih sebak lagi apabila, Wan Maimunah dilihat tidak lagi mampu menahan air mata kerana terlalu bersyukur ata sumbagan yang diberikan sebelum sempat menitipkan pesanan penuh bermakna buat usahawan itu.
“Alhamdulillah, terima kasih. Kena ingat selalu setiap yang baik, pasti kebaikan juga Allah yang balas itu dia kejujuran dan keikhlasan kita hanya Allah je yang tahu.

“Terima kasih banyak sayang, minta maaf ibu pegang. Insya-Allah bukan hanya jeruk tapi segala-galanya setiap kebaikan pasti Allah membalasnya.
“Ibu tak dapat untuk membalasnya tapi ibu mampu mendoakan mungkin ibu tak sebut nama anak-anak syurga ibu, anak dunia akhirat ibu, ibu tak cakap awak anak angkat tau,” ucap Wan Maimunah.
Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi positif dan rata-rata warganet melihat keikhlasan kedua-dua belah pihak serta mendoakan agar mereka semtiada dimurahkan rezeki dan bahagia bersama orang-orang tersayang.
Dua-dua nampak ikhlas

Hargai ibu selagi ada

Walaupun tua tetap tak boleh sentuh

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 810,000 tontonan dan meraih lebih 50,000 tanda suka.
Sumber: TikTok papalarisofficial
