Pelakon Uqasha Senrose memberi bayangan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk kembali rujuk bersama bekas suaminya, Kamal Adli.
Tak rancang untuk rujuk

Memetik laporan mStar, menurut Uqasha, fokus utamanya ketika ini adalah untuk meneruskan kehidupan dan mahu move on tanpa meningati masalah yang telah terjadi.
“Buat masa ini tidak (rujuk). Saya tak tahu macam mana untuk masa hadapan. Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi nanti.
“Tapi apa yang boleh saya katakan saya hanya mahu teruskan hidup maju ke hadapan (move on),” katanya Uqasha, baru-baru ini.
Uqasha berkongsi perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin.
Kongsinya lagi, perceraian tersebut bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan dia sendiri yang memfailkan permohonan itu.

“Memang sudah dijangka sebab saya sendiri failkan permohonan. Cuma ini perkara baharu untuk saya.
“Nak hadam semua ambil sedikit masa sebelum boleh bercakap dengan tenang. Apapun doakan saya dan anak untuk teruskan hidup ke hadapan dengan tenang.
“Tiada apa yang saya boleh katakan cuma berharap dia (Kamal) menjadi seorang ayah bertanggungjawab,” jelasnya.

Tambah Uqasha, dia berada dalam dilema untuk berkongsi terlalu banyak perkara kepada umum, namun meminta orang ramai mendoakan dia dapat menggalas tanggungjawab sebagai ibu.
Untuk info, Uqasha Senrose dan Kamal Adli sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, hari ini. Kamal melafazkan cerai talak satu terhadap Uqasha pada pukul 12.56 tengah hari di hadapan Hakim Syarie Siti Noraini Mohd Ali.
Sumber: mStar (Ain Norman)
