WeirdKaya BM

Tun M Titip Ucapan Ulang Tahun Buat Siti Nurhaliza – “Terus Berjaya Dalam Karier”

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) menitipkan ucapan ulang tahun yang ke-47 buat Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Terus berjaya dalam karier

Memetik laporan Kosmo, ucapan itu dibuat menerusi sebuah video yang dikongsikan dalam akaun media sosial, Siti Nurhaliza Gallery.

“Assalamualaikum Siti. Saya dimaklumkan bahawa umur Siti sudah meningkat dan saya ingin ucap selamat hari jadi.
“Insya-Allah saya berdoa dan berharap Siti akan terus berjaya dalam karier. Walaupun berumur, suara masih macam lama. Dan nyanyian masih lagi begitu menarik,” ucap Tun M.

Siti menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-47, semalam. Lebih manis, tahun ini sambutan ulang tahun kelahirannya diraikan ketika Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Difahamkan, video ucapan istimewa itu dirakam lebih awal sebelum berlakunya insiden melibatkan Tun M jatuh di kediamannya.

Sementara itu, Tun M pula kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 6 Januari selepas terjatuh di kediamannya.

Tun mengalami kecederaan retak tulang pinggul dan akan menjalani rawatan fisitioterapi tanpa pembedahan.

Sumber: Kosmo (Helmi Anuar)


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Tun M Titip Ucapan Ulang Tahun Buat Siti Nurhaliza – “Terus Berjaya Dalam Karier”