Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), sekitar jam 9.30 pagi tadi apabila terjatuh di kediamannya pada awal pagi.

Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar beliau, Suffi Yusoff, seperti dilaporkan Astro Awani.
“Ya beliau dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan kini masih dalam proses pemantauan secara keseluruhan,” katanya.
Terdahulu, pada 13 Julai 2025, Dr Mahathir pernah dimasukkan ke IJN ekoran keletihan selepas menghadiri program Picnic & Potluck sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-100 serta isterinya yang ke-99 di Putrajaya.

Tun M tiba seawal jam 7.45 pagi dengan memandu sendiri dan mengayuh basikal secara ‘tandem’ bersama pegawai keselamatan khas.
Selepas kayuhan, beliau dilihat berehat seketika sebelum bersarapan dan meninggalkan lokasi tanpa sempat beramah mesra dengan hadirin.
Walaupun keletihan, keadaan Tun M dilaporkan stabil dan beliau hanya dinasihatkan untuk berehat buat sementara waktu.
Sumber: Astro Awani
