fbp
WeirdKaya BM

“Tukar Cepat, Ringgit Makin Kuat” – Peniaga Dedah Jumlah IShowSpeed Bayar Untuk Sebiji Burger Ramly Special.

Rezeki tak salah alamat :)

Baru-baru ini, Kuala Lumpur kecoh apabila pempengaruh media sosial, IShowSpeed berkesempatan berkunjung ke Malaysia menemui peminatnya yang berada di Asia Tenggara.

- Advertisements -

IShowSpeed menerima sambutan yang luar biasa dan beliau mencuba segala yang disarankan oleh peminatnya ketika berada di Malaysia. IShowSpeed mengakhiri sesi live dengan mengunjungi sebuah gerai burger di Bangsar untuk merasai Burger Ramly Special.

- Advertisements -

Menerusi hantaran yang dibuat oleh Syok Geng di TikTok, pemilik Bob’s Burger mendedahkan jumlah bayaran yang diterima daripada Speed.

@syokgeng Replying to @Tengku. Tengok sampai habis 😂🤣 #syokgeng #syokpod #syokbar #dreammade ♬ original sound – syokgeng

“Terkejut juga bila dia (Speed) singgah. Sebenarnya dia bukan bayar guna USD, tetapi duit Riel Kemboja (KHR). Saya tunjuk dengan anda.

- Advertisements -

“Dia bagi saya beberapa keping duit, ada dalam 7 keping dan salah satunya 50,000KHR (+-RM52). Jadi cuba anda kira-kira sendiri berapa nilainya,” kata Bob.

Dalam pada itu, netizen juga gigih membuat tekaan rambang mengira jumlah sebenar yang dibayar oleh Speed untuk sebiji burger rentetan jumlah harga tidak didedahkan.

Namun, pemilik Bob’s Burger berkata tidak semua 7 keping note kertas yang diterimanya merupakan not 50,000KHR. Oleh itu, nilai yang dibayar Speed untuk burger tersebut adalah di antara julat RM52 hingga RM350.

Jangan pakai duit tu. Boleh buat frame dapat dari speed 😭

Menelusuri ke ruangan komen, warganet teruja mengira jumlah sebenar yang dibayar oleh Speed dan ada juga yang memesan untuk tidak menggunakan wang tersebut supaya dapat dijadikan kenangan.


We are hiring writers!
We are hiring writers!