Usahawan sensasi Kieda Crepe sekali lagi mencuri perhatian warganet setelah makanan yang dijual di kedainya didakwa terlalu mahal.
Kieda atau nama lengkapnya, Siti Nur Khalieda Yusra tampil membuka mulut menjelaskan keadaan sebenar, mengapa harga sebekas Tiramisu dikenakan sehingga RM40.
Kieda jawab kos bahan mahal

Menurut Kieda dia terpaksa meletakkan harga sedikit tinggi kerana kos bahan tidak lagi murah dan menggunakan tenaga kerja manusia yang perlu diberi gaji.
“Ni ke yang orang cakap mahal sebekas RM4O, kalau dengar nama tiramisu ni Kieda rasa semua boleh fikir nak buat ni pakai macropone (mascarpone), pakai biskut panjang-panjang bonomi yang orang kata mahal tu.
“Kopi pula Kieda pakai Kopi Davis Corn dan semua barang ni mahal. Kita pakai krim Anchor, putar pakai tenaga.
“Sebenarnya yang buat mahal bukan sebab barang sahaja tapi kerana tenaga manusia yang kita guna dan cara nak buat Tiramisu ni yang sangat susah,” kata Kieda pada Ahad.

Sementara itu, Kieda memohon maaf kepada pelanggan jika produknya terlalu mahal kerana menggunakan bahan berkualiti tinggi demi memberikan yang terbaik buat pelanggannya.
“Kalau mahal Kieda minta maaf tapi barang Kieda pakai semua yang premium, sama macam baker lain.
“Kalau kata mahal, memang Kieda minta maaf tapi kalau nak makan puas beli yang ni dan paling penting tak perlu support vendor,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Kieda Crepe Mengaku Terlalu Ikut Emosi, Mohon Maaf Isu Pelanggan Reviu Jujur
Terdahulu, Kieda tular dengan isu membabitkan seorang pelanggan yang memberikan reviu jujur terhadap produknya sehingga dipanggil tampil bersemuka meminta maaf bagi mengelakkan perkara itu bertambah besar sehingga membabitkan undang-undang.
Sumber: TikTok kiedacrepetour
