fbp
- Advertisements -
WeirdKaya BM

“Tidak Berperikemanusian” – Netizen Luah Rasa Marah & Sebak, OKU Dibelasah Tanpa Belas Kasihan.

Kekerasan bukan cara kita!

Heboh di media sosial sejak Jumaat lalu apabila tular rakaman video seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dibelasah oleh beberapa orang peniaga di Pasar Tani sehingga mendatangkan kecederaan pada badan dan kepala.

Menerusi video yang tular itu, mangsa ditendang pada bahagian muka sewaktu dalam keadaan melutut oleh seorang lelaki ketika dipercayai sedang memohon maaf kepada peniaga setelah menyebabkan kerosakan.

- Advertisements -

Insiden tersebut berpunca daripada lelaki OKU itu tidak sengaja melanggar gerai di Pasar Tani setelah motosikal yang ditunggang secara berbahaya ditendang oleh individu yang tidak diketahui dan merempuh gerai makanan sehingga barangan jualan bertaburan.

Pada pagi sabtu, polis telah menahan tiga orang lelaki termasuk peniaga terlibat bagi membantu siasatan lanjut berhubung video tular melibatkan lelaki orang kurang upaya (OKU) yang telah dibelasah tanpa belas kasihan di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Terengganu.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhammad Wan Jaafar, kesemua suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Ekoran insiden itu, pengguna media sosial rata-ratanya meluahkan kemarahan dan kekecewaan dengan tindakan melampau individu terlibat sehingga menyebabkan kecederaan pada lelaki orang kurang upaya itu.

Semakin tidak berperikemanusiaan mereka semua.

Meninjau ke ruangan komen, netizen meluahkan rasa marah setelah melihat rakaman lelaki orang kurang upaya ditendang dan ada juga turut mempersoalkan reaksi serta tindakan orang sekitar yang dilihat tidak menghalang pergaduhan.

Sumber: mStar


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > “Tidak Berperikemanusian” – Netizen Luah Rasa Marah & Sebak, OKU Dibelasah Tanpa Belas Kasihan.