Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pelakon, Bella Astillah sekali lagi meraih perhatian warganet kerana kemesraan yang ditunjukkan oleh mereka berdua ketika mendaki di Gunung Kinabalu, Sabah.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok @puterhkvsqm memaparkan Saddiq menasihati Bella untuk menjaga pengambilan makanan yang seimbang supaya dapat membekalkan tenaga yang cukup untuk sampai ke puncak.
@puterhkvsqm 🤣 🤣🤣 #bellaastillah #syedsaddiq #fyp #foryoupage #viralvideo ♬ original sound – Bellla Astillahh
“Air kosong ni tiada nutritional value, bila panjat Gunung Kinabalu kita bakar kalori dan lemak. Minum air kosong macam mana nak kita nak tambah tenaga,” ucap Saddiq.
Lebih mencuit hati apabila Bella terlihat akur mendengar segala bebelan wakil rakyat yang tidak mahu mengalah itu dan cuba mengiyakan setiap nasihat-nasihat yang diberikan ketika sedan bersiaran langsung di Live TikTok.
Saya tengok live mereka. Bagi saya lah, manfaaat disisi orang yang bijak ni banyak kita dapat ilmu. Side effectnya banyak kita tau tapi kena sedialah telinga hari-hari air kosong boleh jadi lima perenggan guys😂



Meninjau ke ruangan komen, wargamaya bersetuju jika mereka berdua disatukan menjadi suami isteri dan ada juga berseloroh berpendapat Saddiq umpama ChatGPT yang sedang bercakap memberikan segala informasi.
