WeirdKaya BM

Tauke Jambu Mahu Cari Kedai Lebih Selesa, Mohon Doa Dapat Kumpul Modal Yang Cukup

Pelawak dan pelakon, Tauke Jambu yang dilihat semakin menyepi daripada industri kini mencuba nasib mengusahakan perniagaan kedai makan miliknya.

Memetik laporan Oh Bulan, perkara itu menjadi tular apabila pempengaruh Mr Kaki Review mengunjungi kedai milik Tauke, atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 49, yang terletak di Pasir Penambung, Kuala Selangor.

Bukan itu sahaja, Mr Kaki Review juga turut memberikan ulasan yang psotif setelah mencuba beberapa hidangan di gerai pelakon terbabit.

Antara menu yang menjadi kegemaran pelanggan yang tersenarai sebagai ‘best seller’ adalah lempeng serta jemput-jemput ikan bilis, dihidangkan bersama sambal tumis.

Dalam perkongsian sama, kedai milik Tauke itu juga dilihat menerima sambutan yang mengalakkan sesuai dengan citarasa pelanggan.

Menelusuri ruangan komen, Tauke memohon agar orang ramai mendoakan rezekinya semakin murah, sekali gus membolehkannya mengumpul modal untuk mencari premis yang lebih besar dan selesa.

“Doakan saya dapat kumpul modal untuk cari kedai yang lebih selesa. Terima kasih kepada Mr Kaki Review kerana sudi hadir,” tulisnya.

Terdahulu, Tauke dalam satu temu bual meluahkan rasa syukur apabila kedai makannya turut mendapat sambutan daripada rakan artis.

Sekadar info, Tauke memulakan perniagaan sejak Oktober lalu dan tidak menafikan kehadiran rakan industri membuktikan dia tidak dipinggirkan oleh rakan-rakannya.

Sumber: Oh Bulan (Shah Zulk)


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Tauke Jambu Mahu Cari Kedai Lebih Selesa, Mohon Doa Dapat Kumpul Modal Yang Cukup