fbp
- Advertisements -
WeirdKaya BM

Tarik Diri Dari Cheesert Festival, Suka Dessert Akui Banyak Pihak Beri Bantuan & Sokongan.

Apa kes ni?

Pengasas kepada Suka Dessert, Siti Hajar Mohd Razali atau lebih dikenali sebagai Auntie Ja memberitahu bahawa mereka terpaksa menarik diri dari salah satu festival makanan yang berlangsung di Temerloh, Pahang.

Menerusi perkongsian di TikTok Sukadessert.hq, Auntie Ja menjelaskan keputusan tersebut dibuat ekoran beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

- Advertisements -
Watch on TikTok

โ€œSuka Dessert menarik diri dari event Cheesert Festival yang berada di Jalan Semantan, Temerloh, Pahang atas sebab-sebab yang tertentu.

โ€œTapi Auntie Ja nak ucap terima kasih kepada organizer yang sangat memahami keadaan Suka Dessert dan banyak memberi bantuan. Mereka juga sanggup mengupah rela semata-mata untuk Suka Dessert sahaja,โ€ kata Auntie Ja.

Dalam pada itu, Auntie Ja juga sempat meminta bantuan pengikutnya di TikTok untuk bertanyakan beberapa tempat yang boleh dijadikan tapak niaga bagi menghabiskan stok jualan supaya tidak menanggung kerugian.

โ€œAuntie Ja nak tanya, Auntie Ja masih banyak barang meniaga di sini yang perlu dihabiskan dalam masa dua ke tiga hari ni.

โ€œYang buat Auntie Ja risau ialah buah strawberi sebab Aunti Ja belanja buah strawberi 22K untuk event ini dan perlu clear kan stok ini. Jadi bantu Auntie Ja, berikan cadangan di mana sesuai buat solo untuk menghabiskan barangan jualan Auntie Ja,โ€ jelasnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya terkejut dengan makluman yang dibuat oleh peniaga itu dan ada juga yang memberikan beberapa cadangan lokasi tapak niaga yang baharu.


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Tarik Diri Dari Cheesert Festival, Suka Dessert Akui Banyak Pihak Beri Bantuan & Sokongan.