fbp
WeirdKaya BM

“Tak Hilang Kaki Ek?” – Air Lova Kelantan Dapat Sambutan Hangat, Hanya RM5 Secawan!

Pekat lekat di hati.

Malaysia amat kaya akan variasi makanan dan minuman yang sering tular dari semasa ke semasa. Air Lova merupakan minuman yang sedang hangat diperkatakan di serata negeri kerana rasanya yang begitu enak dan unik.

- Advertisements -

Baru-baru ini, tular sebuah video di platform TikTok memaparkan seorang peniaga menjual air lova di Kelantan. Perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi warganet antaranya ada yang tertanya-tanya bagaimana rasa minuman tersebut kerana terlihat terlalu pekat dan sangat manis.

- Advertisements -
@bestfoodmy 📍Locong Tapang, Kampung Cherang, 15000 Kota Bharu, Kelantan ⏰12pm-6pm (Fri closed) 🎥 @AbangSodok #kelantanfoodie #kelantan #malaysiafood #bestfoodmalaysia #makanlokal #kotabharu ♬ original sound – Best Food Malaysia

Locong Tapang, bertempat di Kampung Cherang, 15000 Kota Bharu, Kelantan menjual pelbagai aneka perisa air lova. Gerai ini dibuka setiap hari kecuali Jumaat bermula 12 tengahari hingga 6 petang.

Air lova yang dijual di sini mempunyai tujuh perisa yang berbeza dan boleh dipilih mengikut citarasa masing-masing. Air Lova Strawberry sesuai buat mereka yang tidak gemar akan terlalu manis kerana rasanya sedikit masam.

- Advertisements -

Selain itu, terdapat juga beberapa perisa lain seperti pistachio, kopi dan durian. Menu wajib beli apabila singgah di gerai ini ialah perisa coklat velvet. Gabungan dua perisa yang sangat sedap, memang cukup mengiurkan dan menagihkan.

Dia boleh kata tak manis, terang-terang dia jual kat Kelantan jarang tak manis.

Meninjau ke ruangan komen, warganet berseloroh meneka kemanisan air lova dari Kelantan ini dan ada juga yang terkejut melihat harganya yang murah iaitu hanya RM5 secawan.


We are hiring writers!
We are hiring writers!