fbp
WeirdKaya BM

“Tahu Ramai Terliur, Tapi Segan Nak Minta” – Tuan Pokok Tinggal Nota Izin Petik Mangga Secara Percuma

Jazaakillaahu Khairan orang baik.

Baru-baru ini, tular seorang wanita memberi orang ramai memetik buah mangga di sekitar rumahnya secara percuma telah menerima pujian warganet.

- Advertisements -

Menerusi hantaran di TikTok milik Shafika Rozali menjelaskan, pohon mangga yang berbuah lebat di tepi jalan itu adalah kepunyaan ibu bapa mentuanya.

- Advertisements -

Lebih menarik perhatian, Shafika juga meninggalkan sekeping nota pada pokok tersebut memberikan keizinan kepada sesiapa sahaja boleh mengambil buah mangga secara percuma.

“Nok buoh pauh ambik jah, tak payah mitok. Galoh ado tepi pokok (nak buah mangga ambil saja, tak perlu minta. Galah ada tepi pokok),” isi nota tersebut.

- Advertisements -

Dalam pada itu, Shafika memberitahu tujuan nota itu digantung kerana keluarga mentuanya sedar sesetengah orang ada yang sedikit malu dan tidak selesa untuk meminta.

“Kebanyakan orang yang lalu lalang asyik pandang-pandang. Mungkin segan nak minta. Bila tulis begitu, mungkin orang pun tak segan nak ambil.

“Siapa yang duduk kawasan Kampung Gaung, Tendong, Pasir Mas, boleh pergi ambil ya. Buah mangga percuma sahaja. Tak perlu minta, galah pun kita sedia.

“Semua boleh ambil nak banyak pun boleh . Daripada rosak, lebih baik bagi kepada orang,” tulisnya di TikTok.

Walaupun tak kenal dan tak tahu rumah. Cuma nak beritahu Jazakallahu khairan orang baik 🤲❤️

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya memuji sifat baik wanita tersebut dan mendoakannya agar dipermudahkan segala urusan.


We are hiring writers!
We are hiring writers!