Tular di media sosial, sebuah video dari negara jiran Indonesia memperlihatkan seorang peniaga teh ais dicaci oleh seorang pendakwah bebas dalam sebuah majlis ilmu.
@clozhiw seorang penjual es teh dipermalukan oleh gus miftah di depan banyak orang, btw serius deh itu yang ketawa" tuh emang ada yg lucu kah? pdhl sakitt banget liat bapaknya digituin🥺 #gusmiftah #beritaterkini #beritaviral #foryoupage #fyp #fypã‚·ã‚šviral #fypage #xyzabc #4u ♬ Rumah by Salma Salsabil – Sadvibes🥀
Menerusi hantaran di TikTok @clozhiw memaparkan peniaga teh ais itu membawa barang jualan yang diletakkan di atas kepala telah dimalukan oleh pendakwah, Gus Miftah Habiburrohman, menerima kritikan hebat daripada wargamaya.
Mubaligh Indonesia itu juga menghemburkan kata-kata kesat dengan memanggil peniaga teh ais itu dengan panggilan g*blok sambil ketawa tanpa sedikit rasa belas ihsan.
“Teh ais mu masih banyak tidak? Masih?
“Ya sana jual g*blok,” kata Gus Miftah sambil ketawa bersama pendakwah yang lain.
Menurut Sindonews, penjual minuman itu tidak membalas walau sepatahpun kata-kata mubaligh Indonesia terbabit dan hanya diam berdiri menjunjung barang jualannya.
Yang pakai songkok ketawa terbahak-bahak. Aku di Malaysia, sedih melihat keadaan ini😢. Jangan bila kita ada kelebihan, sesukanya memandang rendah kepada orang yang tidak mampu.



Meninjau ke ruangan komen, warganet mengecam tindakan pendakwah terbabit yang dianggap tidak beradab dan ada juga segelintir netizen meminta untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka.
