fbp
WeirdKaya BM

“Seronok Kaya Atas Duit Curi?” – Peniaga Dedah Bekas Pekerja Hasut Staf Ambil Duit Setiap Hari… 3 Bulan Tak Rasa Untung!

Tergamak betul :(

Seorang peniaga tular di media sosial kerana meluahkan perasaan mendakwa dirinya telah ditipu oleh pekerjanya sendiri.

- Advertisements -

Menerusi perkongsian di TikTok @Enish, lelaki itu mendakwa dia sudah hampir tiga bulan tidak merasa sebarang keuntungan hasil daripada perniagaanya dan lebih memeritkan lagi perkara tersebut disebabkan oleh salah seorang pekerja yang sangat dipercayainya.

- Advertisements -
@hrithdnsh Seronok kaya atas duit curi ? #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #fypage #foryou #allfake ♬ Beep sound Self-regulation sound (about 0.3 seconds)(868131) – amuri

Tambah Enish lagi, dia mendapati perkara tersebut berlaku disebabkan oleh hasutan bekas pekerjanya yang menyuruh stafnya berbuat sedemikian apabila bukti mesej perbualan antara mereka berdua diketahui.

“Orang yang saya percaya selama ini tikam belakang saya. Orang yang saya bagi tempat tinggal bagi makan bagi gaji, tikam belakang saya.

- Advertisements -

“Dan benda ini diarahkan oleh salah seorang pekerja lama saya. Tiga bulan saya tak rasa langsung untung meniaga saya disebabkan dia suruh orang yang saya jaga sekarang ini curi duit saya setiap hari dan berlarutan selama tiga bulan.

“Aku nak dia cari aku, minta maaf sebab dah ambil duit aku. Dia dah ambil duit keluarga aku, mak ayah aku dah tak kerja, duit tu aku guna untuk tanggung mak ayah aku. Aku nak kau cari aku, minta maaf dan ganti balik duit aku tu semua. Aku sampai tergerak hati nak marah mak aku setiap kali dia nak duit daripada aku. Tiga bulan, aku tak rasa untung berniaga,” ucapnya.

Dalam pada itu, Enish juga tidak mahu memperbesarkan perkara ini dan mahu ia diselesaikan dengan cara yang baik.

“Aku tahu kau akan lari, aku tak nak besarkan kes ini sampai melibatkan pihak polis. Aku nak kau jumpa aku pulangkan semua duit yang kau ambil.

“Aku bagi masa 24 jam je. 24 jam je untuk kau pulangkan balik duit aku. Datang jumpa aku, minta maaf dengan aku, minta maaf dengan keluarga aku. Sebab duit yang kau ambil tu adalah duit hak keluarga aku,” luahnya.

Enish juga sempat meminta bantuan orang ramai untuk membantu mencari pelaku terbabit agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.

- Advertisements -


We are hiring writers!
We are hiring writers!