fbp
- Advertisements -
WeirdKaya BM

“Selalu Buat Video Sendiri, Janda Ke?” – Mayah Pani Puri Tampil Positif Jawab Komen Netizen.

Wanita kuat!

Pengusaha makanan tradisi India, Mayah Rubel Hasan menjadi tumpuan warganet apabila tenang menjawab soalan panas di media sosial.

Menurut perkongsian di TikTok Mayah, terdapat individu bertanya berkaitan status peribadinya kerana sering membuat video sendirian tanpa ditemani mana-mana lelaki ataupun suami.

- Advertisements -
@panipuri_no1_di_malaysia

❤ STREED FOOD PANIPURI/GOLGAPPA ❤ Jemput Mai Hangpa … 📌 AEON SRI MANJUNG ( Sampai Dekat Trafik Light Eon MANJUNG ..Kedepan Lagi Jumpa Pasaraya TF MANJUNG ..( Pasar Malam Lorong Shell ) Di Nasihatkan Costemer2 Jgn Terlalu Awal Datang Beratur Dalam Panas Kesian Datang laa Atas Pada Pukul 2 Petang So Time Tu Sesuai Staff Mayah Sampai Sana Bagi NO Giliran 😊 ✅ Dari 4 Petang hingga Habis ✅ Setiap Sabtu ✅ Limit 1 Orng 2 Bekas Sahaja ( Tengok Pada Stok Dan Kudrat Kami ) ✅ Dapatkan NO Giliran ➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡ 📢 Harga Panipuri/Golgappa 📢 ⛔ Set Besar RM15 ( 12 pcs ) ⛔ Extra Yogurt RM1 ⛔ Extra Air Asam RM2 📌 NOTA : Buat Masa Niy Mayah Buka Setiap Sabtu Sahaja …Ahad Klo Buka Mayah Bagitau Dalam Fb/Tiktok Ok 😊. :

♬ original sound – PANIPURI_NO1_di_MALAYSIA🇵

Oleh itu, terdapat individu bertanya sama ada usahawan pani puri ini berstatus janda ataupun masih belum berkahwin memandangkan Mayah tidak pernah berkongsi tentang perkara peribadinya.

“Selalu buat video seorang janda ke? Ni mesti peminat janda kan, tapi bagi saya makan pani puri dulu baru nanti saya bagitahu,” ucap Mayah.

Dalam pada itu, Mayah hanya menyanyikan lagu Pantun Janda sambil menikmati pani puri jualannya dan enggan mengulas lanjut berkenaan soalan yang ditanyakan oleh warganet.

Mayah juga sempat mempromosikan pani purinya dan memberitahu lokasi jualan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan makanan itu.

Suka tengok Kak Mayah, walaupun banyak makian dari manusia, tetap positif. Semoga dipermudahkan segala urusan sentiasa 🤍

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji sifat Mayah yang sering positif biarpun dihina oleh orang ramai dan ada juga yang mendoakan agar perniagaan peniaga terbabit terus berkembang maju.


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > “Selalu Buat Video Sendiri, Janda Ke?” – Mayah Pani Puri Tampil Positif Jawab Komen Netizen.