fbp
WeirdKaya BM

“Selalu Beratur Panjang” – Tauhu Bakar Sotong Kangkung Buat Netizen Jadi Ketagih!

Tak beli memang menyesal.

Tauhu bakar merupakan hidangan yang enak dan unik kerana ia jarang ditemui di Malaysia. Hidangan ini menjadi kegemaran ramai kerana rasa sosnya yang sedikit manis dan pedas acap kali menambat hati penggemarnya.

- Advertisements -

Dari cara penyediaan, tauhu akan dibakar sehingga masak sehingga berubah warna perang keemasan. Tauhu bakar selalunya dihidang bersama kacang ataupun sotong sebagai penambah rasa bagi menyedapkan lagi hidangan.

- Advertisements -
@kl.foodie Tauhu Bakar Sotong Kangkung 📍 Vita Tauhu Bakar @ CIMB Bank Port Klang #kl #makan #makanlokal ♬ original sound – klfoodie

VITA Tauhu Bakar, dibuka setiap hari Isnin hingga Khamis. Gerai ini terletak berhampiran CIMB Bank Port Klang.

Tauhu Bakar menu wajib beli apabila berkunjung ke gerai ini. Portion yang begitu banyak dengan harga yang murah memang cukup berbaloi. Ditambah pula dengan hirisan sotong yang lembut pasti bikin ketagih.

- Advertisements -

Kuah Rojak yang pekat dan sedikit pedas membuatkan hidangan ini sentiasa laris terjual. Bukan itu sahaja, menu yang dijual disini semua resepi sendiri turun temurun sejak sudah 20 tahun lagi.

Hari tu pergi beratur panjang, tinggal rojak je. Memang sedap dan portion banyak.

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya mengakui keenakan VITA Tauhu Bakar dan ada juga yang sudah kempunan untuk merasai tauhu bakar di gerai terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!