Hai pengikut EZlokal, buat apa tu? Hari ini, kami tertarik untuk berkongsi tentang menu yang mudah tetapi cukup menyelerakan. Oleh itu, EZlokal akan bawakan kepada anda semua 3 lokasi Mi Goreng sedap yang wajib dikunjungi di sekitar Selangor.
Pertama Mee Mamu! Bertempat di Medan Selera Seksyen 2, Shah Alam. Mee Mamu acap kali tular di media sosial kerana pelanggan berpendapat mi goreng yang dijuql hampir sama seperti yang terdapat di Pulau Pinang. Mee Mamu Sotong adalah menu wajib cuba, kerana ia sering dipesan oleh pelanggan ketika datang ke gerai ini.
Kedua, Cik Wan Mee Goreng Mamak berlokasi di Persiaran Puchong Prima. Seterusnya, makanan disini sering menerima pujian dan komen balas yang positif dan tidak hairan jika restoran ini sentiasa penuh dengan para pelanggannya. Tekstur Mi Goreng yang tidak hancur dan cukup rasa membuatkan pelanggan berpuas hati apabila menikmati hidangan tersebut. Selain itu, harga yang ditawarkan untuk sepinggan mi goreng amatlah berbaloi dan sangat murah.
Ketiga, Mee Goreng Sotong Mami Jarum! Berlokasi di seksyen 9, Shah Alam. Mi goreng di sini sedikit berlainan kerana berwarna merah. Namun ia tidak pedas seperti yang disangkakan kerana rasanya cukuplah seimbang dan sangat enak. Mi
Goreng Sotong adalah menu best seller yang pasti membuat sesiapa sahaja ketagih. Jadi tunggu apa lagi,beli sekarang sebelum terlambat!
