fbp
- Advertisements -
WeirdKaya BM

“Sebekas RM49 Sahaja” – Suka Dessert Dengar Rintihan Pelanggan, Tawar Bucket Cookies Harga Murah

Mampu beli :)
Home > WeirdKaya BM > “Sebekas RM49 Sahaja” – Suka Dessert Dengar Rintihan Pelanggan, Tawar Bucket Cookies Harga Murah

Pengasas Suka Dessert, Siti Hajar Mohd Razali atau lebih mesra disapa Auntie Ja tampil memberi respons apabila dikecam warganet kerana harga pencuci mulut yang dijual dikatakan terlalu mahal.

Menerusi hantaran di TikTok @Sukadessert.hq, Aunti Ja mendengar rintihan pelanggan mempersoalkan harga makanan yang dijual di Suka Dessert. Usahawan muda itu memberitahu terdapat beberapa menu yang murah dengan kuantiti yang banyak seperti Bucket Cookies.

- Advertisements -
@sukadessert.hq

Darlings.. siapa kata dalam SD semua mahal? 🥹 Ada murah darlings.. 😁Bucket Cookies sekali set susu. Pure butter. Dessert tanpa choc couverture, memang Auntie Ja boleh jual murah. Tapi.. dessert yg melibatkan choc corverture, harga akan mahal. Lagi2 sekarang, 80% SD menggunakan choc dari Swiss. Lebih mahal choc dari Belgium. 🙇🏻‍♀️

♬ original sound – Sukadessert.hq

“Auntie Ja dengar rintihan pelanggan sebab ramai yang cakap Suka Dessert semua harga mahal-mahal.

“Siapa rasa macam mahal untuk dessert yang lain tu, Auntie Ja beri pilihan iaitu Bucket Cookies. Harga dia RM49 sahaja bersama susu dan kuantiti biskut yang melimpah.

“Ada juga saiz kecil iaitu saiz s dan harga bagi dessert ini hanya RM19 sahaja dan didatangkan juga bersama susu. Tapi ingat cookies ini biasa sahaja dan jangan beri high expectation sebab dia tiada kacang, tiada coklat cip, dan bahan utama yang digunakan ialah pure butter.

Dalam pada itu, Auntie Ja menjelaskan Bucket Cookies dijual murah kerana tidak menggunakan chocolate couverture dan memberitahu harga coklat di pasaran naik menyebabkan Suka Dessert tidak mempunyai pilihan lain dengan meletakkan harga yang sedikit tinggi.

“Dessert tanpa choc couverture, memang Auntie Ja boleh jual murah tapi dessert yang melibatkan choc couverture, harga akan mahal. Lagi-lagi sekarang Suka Dessert menggunakan 80% coklat dari Swiss. Lebih mahal dari coklat Belgium.

Murahlah wei! Kalau kuih raya pun balang kecik pun dah RM35-RM38😂

Meninjau ke ruangan komen, warganet terkejut mendengar harga yang diletakkan terlalu murah dan ada juga yang tidak sabar untuk mendapatkan produk Suka Dessert yang kerana menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi.


We are hiring writers!
We are hiring writers!