fbp
WeirdKaya BM

Umat Islam Di Malaysia Sambut Hari Raya Esok

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada esok, Isnin bersamaan 31 Mac 2025.

Pengumuman Hari Raya itu telah dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad selepas aktiviti cerapan anak bulan dibuat di seluruh negara, petang ini.

- Advertisements -

Malaysia sambut Hari Raya esok

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada Isnin, 1 April 2025,” katanya.

Pengumuman Hari Raya itu disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen tempatan, RTM sebentar tadi.

Dalam pada itu, tiga kaedah diguna pakai oleh negara Islam bagi penentuan awal bulan hijriah, iaitu Rukyah Hakiki, Hisab Hakiki serta Rukyah dan Hisab berpandukan Kriteria Imkanur Rukyah (KIR). Malaysia mengguna pakai Rukyah dan Hisab berpandukan KIR.

Artikel lain: Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Ahad, 2 Mac

Terdahulu, Syed Danial telah mengumumkan tarikh humat Islam di Malaysia mula berpuasa pada Ahad 2 Mac 2025 dengan mempersetujui cara menetapkan tarikh awal Ramadan adalah mengikut Rukyah dan Hisab


We are hiring writers!
We are hiring writers!