fbp
WeirdKaya BM

Sambut Hari Lahir Anak, Usahawan Kelantan Belanja RM1 Juta Beli Vellfire & Jam Rolex

Usahawan terkenal, Cik Na menjadi perhatian warganet apabila meraikan hari kelahiran anaknya yang dikenali sebagai Yaya dengan sambutan penuh kemewahan.

Cik Na atau nama sebenarnya Farhana Zahra menghabiskan sejumlah wang bernilai RM1 juta sempena menyambut ulang tahun kelahiran ke-11 anak perempuannya itu.

@farhanazahra91 Selamat ulang tahun Yaya yang ke 11 tahun, besar da anak mama, semoga cita-cita untuk menjadi business women berjaya menjadi kenyataan 🥺 #farhanazahra91 #farhanazahra #cikna ♬ original sound – Farhana Zahra

Menerusi perkongsian di TikTok, Cik Na mendedahkan jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan bagi mengadakan majlis tersebut dan meminta maaf kepada anaknya kerana tidak mampu memberikan yang terbaik.

“Maafkan mama , ini sahaja mama mampu bagi untuk anak mama, satu juta sahaja mama habiskan untuk birthday kali ni,” kata Cik Na, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Cik Na turut mendoakan agar impian anaknya untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya dipermudah dan dimakbulkan tuhan.

“Selamat ulang tahun Yaya yang ke 11 tahun, besar dah anak mama, semoga cita-cita untuk menjadi business women berjaya menjadi kenyataan,” jelasnya.

Meninjau ke ruangan komen, terdapat segelintir netizen berasa kurang senang dengan perkongsian tersebut dan menganggap usahawan itu suka menunjuk dengan harta dunia yang bersifat sementara.

Malah ada juga yang berdoa diberi rezeki melimpah ruah seperti CikNa agar dapat disumbangkan semula kepada golongan yang lebih memerlukan.

Adakah ini menunjuk?

Sikit sangat sejuta tu

Moga kaya macam Cik Na

Artikel lain: “Masa Miskin Tak Termimpi Dapat Kereta” – Aliff Syukri Hadiahkan Toyota Vellfire Buat Bonda Rozita.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 2 juta tontonan dan meraih lebih 116,000 tanda suka.

Sumber: TikTok Farhana Zahra


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Sambut Hari Lahir Anak, Usahawan Kelantan Belanja RM1 Juta Beli Vellfire & Jam Rolex