Baru-baru ini, momen 11 beradik berkumpul meraikan wanita paling istimewa iaitu ibu tercinta telah meraih perhatian warganet di media sosial.
Menerusi hantaran perkongsian di TikTok @bahagiaaisyah memaparkan keluarga besar itu sedang menyambut hari keluarga dan meraikan ibu mereka yang sudah berusia 82 tahun.
@kebahagiaanaisyah7992 Suapan kasih seorang ibu yang melahirkan seramai 11 orang anak. PMK's Family Family Day PokMatKari #syukurselalu #tentangbahagia ♬ Ibu – Haddad Alwi
Dalam pada itu, lebih sedih lagi apabila ibu mereka duduk menyuapkan kek kepada 11 beradik dan membuatkan kesemuanya gagal menahan sebak melihat kasih sayang seoarang ibu yang tidak pernah pudar.
“The love of a mother who gave birth to 11 children. PMK’s Family Family Day PokMatKari,” tulis Aisyah.
Selain itu, video terbabit juga memperlihatkan mereka beratur menunggu giliran untuk menjamah kek daripada sang ibu sambil berpelukan dan memberikan kucupan ikhlas sehingga menitiskan air mata.
Besar mana pun kita, tua mana pun kita… Kita tetap anak kecil di mata ibuðŸ˜ðŸ˜




Meninjau ke ruangan komen, wargamaya sebak melihat momen sang ibu bersama anak-anaknya dan ada juga yang memberikan nasihat agar menghargai ibu bapa selagi mereka berdua masih ada.
