fbp
WeirdKaya BM

Sahabat Sebak Diraikan Sempena Ulang Tahun – “Begini Rupanya Rasa Dihargai”

Sahabat merupakan tempat untuk kita berkongsi gelak dan tawa tidak kira pada waktu senang mahupun sukar.

Baru-baru ini tular di media sosial sekumpulan sahabat meraikan ulang tahun rakan baiknya yang dikenali sebagai Zuffy Fikri menuai rasa sebak dalam kalangan warganet.

@zufyfikri

kawan yang baik pun satu rezeki 🥰♥️ terima kasih

♬ PESAN TERAKHIR LYODRA SADVIBES VERSION – sadvibes🥀
“Oh begini rasanya dihargai, kawan yang baik juga satu rezeki,” kata Zuffy di TikTok, baru-baru ini.

Perkongsian itu turut memperlihatkan rakan-rakannya membuat kejutan dengan membawa sebiji kek untuk dipotong dan dimakan bersama.

Dalam pada itu, lelaki tersebut berkata kehadiran seseorang itu akan dihargai sekiranya berada dalam kelompok yang betul.

“Mereka sentiasa di hati saya, kita akan dihargai apabila berada circle yang tepat,” jelasnya.

Meninjau ke ruangan komen, warganet terharu melihat persahabatan mereka dan mendoakan agar ukhwah itu berkekalan hingga ke syurga.

Malah ada juga wargamaya yang berkongsi pengalaman sedih mereka sepanjang bersahabat kerana tidak dihargai sehingga sering terasa hati.

Bila tiba birthday semua buat-buat sibuk

Seronok bahagia dengan kawan-kawan

Kawan rapat pun tak wish

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 118,000 tontonan dan menerima lebih 21,000 tanda suka.

Sumber: TikTok Zufy Fikri


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Sahabat Sebak Diraikan Sempena Ulang Tahun – “Begini Rupanya Rasa Dihargai”