fbp
WeirdKaya BM

Sahabat Raikan Kejayaan, Graduan Terima Kejutan Ayam Gepuk Sempena Istiadat Konvokesyen.

Hari graduasi merupakan detik paling bermakna buat semua graduan yang bergelar mahasiswa setelah berhempas pulas melanjutkan pengajian di menara gading.

Graduan terima hadiah ayam gepuk

@emieeyyyy Congrats guys✨ Kalau nak tambah nasi boleh minta kat kedai🤣 @TOPGLOBAL #uitm #convocation #fyp #ayamgepuk ♬ Nur Kasih – In Team

Baru-baru ini tular di TikTok, sekumpulan sahabat meraikan kejayaan graduan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Istiadat Konvokesyen ke-101 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor, Shah Alam.

Graduan terima hadiah ayam gepuk

Menariknya, mereka dilihat membuat sedikit kelainan dengan tidak memberikan sejambak bunga sebaliknya membawa makanan yang menjadi fenomena di kalangan pelajar iaitu Ayam Gepuk Top Global.

Momen lucu itu terjadi kerana dipercayai graduan tersebut amat meminati menu ayam gepuk menyebabkan rakan-rakannya membawa makanan autentik itu sebagai simbolik meraikan kejayaannya.

“Kawan kami memang peminat ayam gepuk.
“Kalau nak tambah nasi atau sambal boleh minta kat kedai berhampiran,” kata pengguna TikTok yang dikenali sebagai Eimey.

Bukan itu sahaja, lebih menarik lagi apabila salah seorang daripada sahabat mereka meminta makanan enak itu disuapkan agar dinikmati segera namun graduan tersebut dilihat enggan berbuat sedemikian.

Graduan terima hadiah ayam gepuk

Meninjau ke ruangan komen, warganet terhibur melihat momen lucu itu dan menyatakan ia hadiah paling berbaloi kerana cukup mengenyangkan.

Malah ada juga wargamaya yang berharap memperoleh hadiah yang sama ketika majlis graduasi mereka kerana menganggap pemberian tersebut lebih menarik berbanding sejambak bunga yang sudah menjadi kebiasaan.

Kenyang masuk perut

Graduan terima hadiah ayam gepuk

Seronok gila hadiah ni

Harap ada sambal lebih

Graduan terima hadiah ayam gepuk

Artikel lain: SG Girl Receives Whole Roasted Duck From Friends At Graduation Ceremony, Amuses Netizens

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 110,000 tontonan dan lebih 11,000 tanda suka.

Sumber: TikTok eimey


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Sahabat Raikan Kejayaan, Graduan Terima Kejutan Ayam Gepuk Sempena Istiadat Konvokesyen.