fbp
WeirdKaya BM

Rumah Kieda Crepe Dipecah Masuk, Barang Kemas RM800,000 Hilang Sekelip Mata.

Tuhan uji, tanda sayang :(

Seorang usahawan terkenal, Kieda Crepe terpaksa menanggung kerugian hampir RM800,000 apabila rumah kediaman dipecah masuk di Kepala Batas pada April yang lalu.

- Advertisements -

Perkara ini diberitahu oleh Kieda sendiri di platform media sosialnya pada malam Ahad selepas 40 hari kejadian.

- Advertisements -
@kiedacrepepenang Genap 40 hari kieda mengira hari… Tiada apa yang kieda harapkan.. semoga si Pelaku cepat-cepat ditangkap bersama bahan bukti🤲🏻 "Semoga sedihku, sakitku, susahku, sabarku, hari ini akan berubah menjadi bahagia untuk ku di hari esok." Aamiin 🤲 @AMY KIEDA MERCHANDISE @KiedaCrepeHouse ♬ original sound – KIEDACREPEPENANG

Menurut usahawan terbabit, dia mula menyedari rumahnya dipecah masuk setelah pulang dari berniaga dan dikatakan kejadian itu berlaku sekitar jam 8 hingga 11 malam.

“Pada hari berkenaan, kami baru balik ke rumah pada jam 11.40 malam. Suami, masuk ke rumah dahulu sementara saya dan anak-anak berada di dalam van.

- Advertisements -

“Suami menyedari ada yang tak kena dengan rumah kami apabila mendapati keadaan rumah tidak seperti biasa kerana langsir terangkat dan ada baju kurung atas kusyen.

“Ini kerana, pada jam 7 malam hari sama, dia pulang ke rumah untuk menyediakan keperluan anak dan mengemas rumah,” katanya.

Kieda juga menjelaskan bahawa terdapat sesuatu yang mencurigakan dan memberitahu suspek hanya menggeledah biliknya sahaja.

“Suami periksa pada tingkap, nampak kesan cungkil dan disepak. Suspek hanya menggeledah bilik. Kami mengesyaki penjenayah baru masuk kerana kesan tapak kasut masih basah dan bau badan yang sangat busuk,” jelasnya.

Mereka segera membuat laporan polis dan siasatan lanjut telah dilakukan. Namun sehingga ke hari ini, tiada sebarang penangkapan terhadap suspek dilakukan.

Kieda berharap orang ramai dapat mendoakan semoga pelaku dapat ditangkap dengan kadar segera.

- Advertisements -

We are hiring writers!
We are hiring writers!