fbp
WeirdKaya BM

Roti Canai Duduki Tempat Ketiga Kategori Roti Terbaik Di Dunia

Isu makanan jalanan kini bukan hanya sekadar selera tempatan namun ia telah merentas sempadan dan menjadi sebahagian daripada identiti sesebuah negara.

Top 3 roti terbaik

Baru-baru ini, TasteAtlas telah mengeluarkan senarai ‘Best Breads’ dan memberi pengiktirafan kepada roti-roti yang paling disukai ramai.

Berdasarkan keputusan terbaharu itu telah meletakkan hidangan roti canai berada di tempat ketiga pilihan terbaik di dunia.

Roti Canai merupakan roti rata yang disediakan dengan teknik khusus iaitu doh digandingkan dan dilipat, menghasilkan lapisan yang nipis di luar tetapi lembut di dalam dan biasanya dimakan dengan kuah kari atau dal.

Artikel lain: M’sia’s RM50 Roti Canai Sells Like Hot Cakes At World Expo In Japan, With Some Queuing For Over 1 Hour

Pengiktirafan oleh TasteAtlas memberi isyarat bahawa roti canai tidak hanya popular di Malaysia, tetapi telah mendapat pengiktirafan dunia.

Sumber: TasteAtlas


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Roti Canai Duduki Tempat Ketiga Kategori Roti Terbaik Di Dunia