fbp
WeirdKaya BM

Ringgit Makin Kukuh, Netizen Tanya Mengapa Harga Ayam Tidak Turun?

Apa itu hukum permintaan & penawaran?

Prestasi nilai ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat yang dianggarkan mencecah 3.55 pada akhir 2025.

- Advertisements -

Namun begitu, sedikit menghairankan harga komoditi seperti harga ayam tindak menunjukkan penurunan biarpun ringgit semakin naik membawa kepada pengurangan tujuh peratus kos pengeluaran.

- Advertisements -

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Dr Terry Tan menjelaskan ia terjadi susulan harga import jagung dan kacang soya untuk makanan ternakan jatuh secara drastik sekitar enam hingga tujuh peratus ketika ini.

Terry berkata, hukum ekonomi meliputi penawaran dan permintaan menentukan turun naik harga ayam di pasaran. Jika bekalan kurang dan permintaan tinggi, harga ayam akan kekal seperti sekarang.

- Advertisements -

Beliau menegaskan, harga ayam tidak akan turun secara mendadak meskipun pengeluar berpeluang untung besar disebabkan kos operasi semakin rendah. Ini kerana makanan ayam meliputi 70 peratus kos penternakan, kos anak ayam 20 peratus, selebihnya kos buruh, elektrik, pengangkutan dan lain-lain.

Bagaimanapun, Terry mengakui kos pengeluaran ayam di ladang telah turun kepada RM6.30 setiap kilogram pada suku kedua 2024 berbanding RM6.35 pada suku pertama. Menurut DOSM, kos pengeluaran telur juga kekal 38 sen sebiji ketika nilai ringgit masih berlegar sekitar RM4.70 berbanding AS$1.

Tambahnya lagi, kos pengeluaran tentulah telah jatuh dengan ketara ketika ringgit berada pada paras RM4.12. Namun purata harga terkini bagi ayam hidup di pasaran masih RM9 sekilogram sementara ayam proses standard RM10.

Terdahulu, Malaysia merupakan negara yang mencatatkan purata paling tinggi di Asia Tenggara memakan ayam iaitu 50.2kg seorang dalam setahun, dikuti Singapura (36kg), Myanmar (29.9kg) dan Filipina (15.9kg), kata Pertubuhan Makanan dan PBB (FAO).

Angka ini terus meningkat setiap tahun dan menjadikan rakyat Malaysia antara pemakan ayam paling ramai di Asia Tenggara. Masalah kekurangan bekalan ayam umpama tiada kata noktah malah permintaan terhadap sumber protein ini sentiasa meningkat.

Oleh itu, tidak sepatutnya harga ayam naik begitu mudah tetapi sukar apabila diminta diturunkan dan menggunakan hukum ekonomi penawaran dan permintaan sebagai alasan menyebabkan sampai bila-bila pun harga ayam tidak turun-turun.

- Advertisements -

Sumber: Sinar Harian


We are hiring writers!
We are hiring writers!