fbp
WeirdKaya BM

‘Rezeki Saya Bukan Milik Saya Seorang, Ada Bahagian Orang Lain’ – Zizan Razak

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak memberitahu setiap sumbangan yang diberikan kepada individu tertentu merupakan niat ikhlas dalam meringankan beban mereka yang memerlukan. 

Memetik laporan HibGlam, pemilik nama Mohd Razizan bin Abdul Razak, 41, berkata, tujuan sumbangan itu diberi bukan untuk meraih perhatian dan pujian masyarakat sebaliknya membantu kerana Allah SWT.

“Saya buat kerana Allah kerana semua yang saya dapat hari ini pun sebab doa orang ramai termasuk ibu bapa, peminat dan bukan milik saya seorang. Kadang-kadang dalam RM10 yang kita ada, RM3 sahaja milik kita, selebihnya RM7 itu milik orang lain.

“Kalau boleh, saya nak sorok, tetapi saya fikir ada baik Allah buka cerita ini untuk beri inspirasi kepada orang.

“Itu sahaja, saya fikir positif kerana bimbang kebanggaan itu akan melalaikan saya,” kata Zizan.

Bukan itu sahaja, Zizan mendakwa pernah menjadi mangsa penipuan kerana ada individu yang cuba mengambil kesempatan terhadap kebaikannya.

Disebabkan itu, aktor Polis Evo tersebut memilih untuk lebih berhati-hati bagi mengelakkan dirinya sekali lagi menjadi mangsa penipuan.

“Kes yang menipu atau ‘scam’ banyak, membabitkan lebih ribuan ringgit.

“Namun, kalau dia memang benar-benar susah, saya akan bantu seikhlas mungkin.

“Ada yang saya pernah bantu kemudian dia minta lagi dengan beritahu kali ini untuk emak dia. Saya kasihan tetapi lepas dapat dia datang lagi, jadi mungkin itu ‘scam’. Apapun saya sentiasa cuba sedaya upaya untuk tolong,” tambahnya lagi.

Terdahulu, nama Zizan menerima pujian dalam media sosial melalui perkongsian beberapa individu yang pernah dibantu olehnya termasuk pelawak, Amir Raja Lawak.

Sumber: HibGlam (Nur Emira Saizali)


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > ‘Rezeki Saya Bukan Milik Saya Seorang, Ada Bahagian Orang Lain’ – Zizan Razak