Jika anda seorang penggemar daging wagyu pasti tidak asing lagi dengan kualiti premium yang ada pada Wakayama Wagyu. Tekstur cair di mulut dari kombinasi lemak dan daging menjadikannya pilihan nombor satu di hati penggemar.
Mittoapu di The Exchange TRX mencipta nama sebagai yang pertama di Malaysia menyajikan Wakayama Kumano Beef, daging Wagyu A5 bertaraf dunia dengan Marbling Score (MBS) tertinggi iaitu 12 dan menjadikannya restoran wajib untuk dikunjungi.
@ezlokal.food Tak dapat ditempat lain Wakayama Kumano A5 Grade ni! First in Malaysia. Paling best dining experience. #Mittoappu #Boucake #WagyuMalaysia #KualaLumpurDining #klfoodie #JapaneseCuisine #MalaysianFoodScene #ComfortFoodKL #WakayamaBeef #trxexchangemall #trxmall #fypmalaysia #ezlokal ♬ love maybe nightcore – kpop speed up songs
Tidak cukup dengan itu, Mittoapu menjanjikan pengalaman eksklusif untuk semua pelanggan bermula dari penyediaan makanan di depan mata hingga layanan bertaraf lima bintang. Lebih menarik lagi apabila pelanggan boleh bebas memilih tahap kematangan daging mengikut citarasa masing-masing.
Terdapat pelbagai pilihan menu Jepun menarik untuk dicuba termasuklah set hidangan Wakayama Wagyu Hamburg dilengkapi dengan nasi yang boleh diisi semula, telur Jepun, salad, dan sup.

Bukan itu sahaja, semua hidangan datang bersama sos istimewa yang telah disediakan khas untuk menambah keunikan rasa daging Wagyu. Pelanggan juga berpeluang untuk merasai sendiri pelbagai pilihan minuman dari Jepun.
Suasana dan rekaan dalaman restoran mewah menjadikan Mittoapu sesuai untuk pelanggan yang inginkan waktu peribadi bersama keluarga, pasangan, rakan, atau perjumpaan istimewa bersama kenalan.
Cair dalam mulut dan sedap.

Meninjau ruangan komen, pelanggan yang pernah merasai sendiri Wakayama Wagyu mengakui keenakan makanan di Mittoapu dan turut meluahkan perasaan tidak sabar untuk berkunjung semula.
