Pelakon cantik Puteri Sarah menuai perhatian warganet kerana prihatin akan nasib rakyat Indonesia yang sedang dilanda musibah.

Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkongsi rezeki bersama pemandu ojek atau penghantar makanan di Indonesia bagi membantu mereka mencari rezeki susulan gelombang protes yang dilihat semakin meruncing.

“Alhamdulillah did my part too, lekas sembuh Indonesia,” kata Puteri Sarah di Threads
Difahamkan, Sarah Sarah dilihat memesan enam pek soto bernilai Rp192,000 bersamaan RM50 melalui aplikasi e-hailing makanan.

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji sifat baik yang ditunjukkan oleh Puteri Sarah dan mendoakannya agar dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan hidup.
Mudah urusan dunia akhirat

Allah sahaja yang boleh membalas

Terima kasih daripada kami

Untuk info, beberapa kawasan di negara itu terjejas ekoran pengumuman Presiden Prabowo Subianto mengenai kenaikan elaun Ahli Parlimen sehingga mencecah sekitar Rp50 juta sebulan (RM12,869.35).
Artikel lain: Peniaga Sebak Dapat Kejutan Tajaan Umrah Percuma – “Rahmat Apa Allah Bagi Ni”
Keadaan bertambah tegang selepas seorang pemandu ojek, Affan Kurniawan, dilaporkan terkorban setelah digilis trak ‘Barracuda’ sekali gus mencetuskan kemarahan dalam kalangan rakyat Indonesia.
Sumber: Threads Puteri Sarah Liyana
