WeirdKaya BM

Pelanggan Kongsi Perhabis RM290 Makan Di Rembayung – “KA Dah Pesan Bukan Harga Marhaen”

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming pada bulan lalu telah memaklumkan bakal membuka restornannya iaitu Rembayung di Kuala Lumpur.

Bukan harga marhaen

Difahamkan, restoran Rembayung telah mula beroperasi semalam dan menerima 450 pelanggan sebagai kumpulan pertama yang berjaya membuat tempahan awal.

Sehubungan itu, ramai peminat yang sudah memberikan reviu jujur dan menyenaraikan harga setiap hidangan yang terdapat di restoran berkenaan.

Menerusi perkongsian pengguna di Facebook, tular seorang individu memaparkan resit pembayaran di Rembayung sebanyak RM284.80 untuk empat orang makan.

“RM290 untuk empar orang makan, harga munasabah untuk level Rembayung.
“KA dah pesan awal, harga dia bukan marhaen, jadi kalau berkemampuan pergilah makan, kalau tidak beli je sambal atau rendang nyet,” tulisnya.

Sebelum ini, restoran Rembayung mendapat 3,000 tempahan pelanggan, pada sesi pertama slot dibuka jam 9 malam semalam.

Slot tempahan restoran berkenaan dilapor mendapat sambutan hangat pengikut hingga laman web Restoran Rembayung ‘crashed’ akibat trafik terlalu tinggi.

Artikel lain: Tak Nak Pelanggan Beratur Panjang, ‘Rembayung’ Pilih Guna Sistem Tempahan

Restoran Rembayung dilapor dibina di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi di Kampung Baru, iaitu hanya sembilan minit dari pusat beli-belah KLCC atau Menara Berkembar PETRONAS.

Sumber: Facebook Safuan Borhan


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Pelanggan Kongsi Perhabis RM290 Makan Di Rembayung – “KA Dah Pesan Bukan Harga Marhaen”