Usahawan dan pelakon Kiah Propa mengundang rasa sebak di kalangan netizen apabila mengimbau kenangan terakhir bersama arwah suaminya, Mohamad Nazri Ismail, 57 yang telah meninggal dunia akibat kanser.

Kiah Propa atau Siti Rokhaidhah Abdul Khalil meluahkan rasa rindunya apabila berkongsi satu hantaran di TikTok memaparkan dia dan suami sedondon memakai pakaian bewarna ungu sebagai kenang-kenangan.
Kiah Propa luah rasa rindu
@kiahpropaviral BABAH …ALHAMDULILLAH SEMPAT PAKAIKAN BAJU RAYA BABAH UNTUK TAHUN INI….SEMUA IMPIAN U I DAH TUNAIKAN… I BUKAN ISTERI YG BAIK MALAHAN BUKAN SEMPURNA..INSY I AKAN BUAT YG TERBAIK UNTUK ANAK ANAK KITA … DOAKAN ROH SUAMI SAYA D CUCURI RAHMAT….SERTA TENANG D SANA…@Kiahpropaviral 2 #fyp #kiahpropa #viral #suamikiahpropa #kanser ♬ original sound – kedaikiahpropa
“Rindu awak, saya sangat rindu awak Babah. Ini lah gambar kenangan terakhir kita. Lain sangat dah muka Babah masa ini.
“Namun saya tahu hati awak tetap sama, siapa nak dengar cerita saya lepas ni? Siapa nak dengar luahan saya lepas ini, siapa nak tolong saya buainess di Singapore?
“Siapa yang nak drive kan saya pergi sana sini, siapa nak picitkan kepala saya bila sakit dan siapa siapa awak dah tiada,” tulis Kiah.
Dalam pada itu, Kiah sempat menunaikan impian terakhir arwah suaminya untuk memakai baju raya bersama ketika berada di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya.
“Babah, alhamdulillah sempat pakaikan baju raya Babah untuk tahun ini.
“Semua impian awak saya dah tunaikan, saya bukan isteri yang baik malah bukan yang sempurna. Insya-Allah saya akan buat yang terbaik buat anak-anak kita. Doakan roh suami saya dicucuri rahmat serta tenang di sana,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, warganet tersentuh hati melihat keikhlasan wanita itu dalam menjaga suaminya hingga ke hembusan nafas yang terakhir dan ada juga mendoakan agar Kiah diberi balasan Syurga suatu hari nanti.
Perempuan yang bakal berada di Syurga

Idola dan inspirasi masyarakat luar

Moga bertemu semula di Syurga

Untuk info, suami kepada usahawan, Kiah Propa meninggal dunia pada Selasa, 1 April 2025 di Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya akibat menghindap kanser leher dan kalenjar air liur.
Arikel lain: “Hati Kena Kental” -Peniaga Reda Berdepan Pelbagai Ujian Demi Sesuap Nasi.
