Baru-baru ini tular di media sosial seorang peniaga menjual Laksa dengan harga yang sangat murah dengan portion yang sangat berbaloi.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh @halalfoodiemy, peniaga itu meberitahu harga sebungkus laksa hanya RM 1 sahaja.
“Saya jual laksa ekonomi RM1.
“Beli sepuluh percuma satu, kuah panas-panas semua buat sendiri”, jelas peniaga tersebut.
Dalam pada itu, peniaga terbabit juga menyelar tindakan sesetengah masyarakat yang telah memfitnah perniagaannya dengan pelbagai tohmahan yang tidak berasas.
“Ni laksa seringgit.
“Ada yang kata takde kuah lah, kalau beli dapat laksa sahaja lah, ni saya tunjuk apa yang ada dalam laksa seringgit,” kongsi peniaga itu.
Aku rasa RM1.50 ataupun RM2 pun berbaloi. RM1 tu entah ada untung atau tak. Semoga murah rezeki selalu pak cik.
Meninjau ke ruangan komen, warganet terkejut akan harga laksa yang dijual begitu murah dan ada juga yang tidak putus mendoakan rezeki peniaga tersebut senantiasa melimpah ruah.



Untuk info, Laksa Ekonomi RM1 ini beroperasi di Jalan Komersial 1, berhadapan Klinik Kesihatan Tasek Gelugor, 13310 Tasik Gelugor, Pulau Pinang.
