fbp
- Advertisements -
WeirdKaya BM

Peniaga Colek Buah ‘Pokli Colek Bismillah’ Meninggal Dunia.

Salam takziah.
Home > WeirdKaya BM > Peniaga Colek Buah ‘Pokli Colek Bismillah’ Meninggal Dunia.

Peniaga buah potong yang sering kali tular di media sosial iaitu ‘Pokli Colek Buah’ dikhabarkan telah meninggal dunia.

Berita kematian Allahyarham disahkan oleh anaknya, Redzuan Jihad melalui perkongsian di platform TikTok.

- Advertisements -
@colekbismillahhq

Assalamualaikum semua, mohon sedekahkan Al Fatihah kepada ayah ambo , Pok Cik Bismillah yang telah pergi ke Rahmatullah 8.35 pagi tadi Al Fatihah

♬ original sound – COLEK BISMILLAH.HQ

“Assalamualaikum semua, mohon sedekahkan Al Fatihah kepada ayah ambo, Pok Cik Bismillah yang telah pergi ke Rahmatullah pada jam 8:35 pagi tadi,” tulisnya.

Kematian Allahyarham telah mendapat liputan yang meluas di kalangan warganet dan ada juga yang menyifatkan arwah sseorang yang ramah dan menjaga hubungan yang erat bersama sang pencipta.

Meninjau ke ruangan komen, warganet terkejut menerima berita pemergian Pokli Colek Bismiilah dan mendoakan agar arwah sentiasa ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Allahu , baru pergi jumaat lepas🥺 pakcik baik sangat , suka bergurau. semoga Arwah ditempatkam dalam kalangan orang beriman🥺

Terdahulu, Allahyarham membuka gerai jualan di Pangkalan Kubor yang sering tular di media sosial akan keenakkan coleh buah-buahan campur bersama kuah pedas yang sangat pekat.


We are hiring writers!
We are hiring writers!