Baru-baru ini tular di media sosial, seorang peniaga buah, Pakteh Fruits menawarkan durian Musang King percuma mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan.

Menerusi perkongsian di TikTok, peniaga itu menjelaskan durian percuma tersebut khas buat ibu hamil yang mengidam merasai kenikmatan buah berkenaan bermula 4 Disember hingga 1 Februari 2026.
@paktehfruits Durian Percuma Untuk Ibu Mengandung ❤️🧡💛 10 – 30 biji DURIAN PERCUMA khas untuk ibu² mengandung yg datang TERAWAL…. ✅ Agihan Bermula jam 3.00PM – sehingga habis Jika akak² sampai dan durian percuma ni dah habis…. Jangan risau kami tetap sediakan SPECIAL DISKAUN untuk semua ibu² mengandung….. ✅ Special Diskaun ( JUALAN DURIAN TIMBANGAN KILO SAHAJA ) untuk ibu mengandung bermula dari RM10 – RM30 ( Beli banyak in sha Allah akan ada lebih banyak diskaun ) In sha Allah…. Kita kongsi² rezeki….. Alhamdulillah Doakan kami 🤲☺️ ⏱️ Waktu Operasi : 10.00 pagi – 11.00 malam 🏪 BUKA SETIAP HARI #paktehfruitsviral #rezekikongsibersama #syurgabuahseluruhdunia #paktehfruits #fenomenadurianpakteh ♬ Nujum Pak Belalang Ukulele Tutorial by Azzmeir – Azzmeir Yunadi 🎤🎶
Dalam pada itu, tauke kedai buah tersebut berkata pemberian percuma itu terhad sebanyak 10 ke 30 biji sahaja untuk sehari. Syaratnya mudah sahaja, geng ibu hamil perlu datang sendiri ke kedai berkenaan dan menebusnya dari pekerja bertugas.
Dikatakan, agihan akan bermula jam tiga petang sehingga habis dan terhad hanya satu biji sahaja untuk seorang pengunjung wanita yang hamil.

Bagaimanapun, buat mereka yang terlepas peluang itu, Pakteh Fruits turut memberikan diskaun istimewa buat ibu hamil iaitu sebiji durian Musang King berharga dari RM10 ke RM30 sahaja mengikut timbangan kilo.
Dalam perkongsian sama, peniaga itu turut menjelaskan durian yang diberikan secara percuma merupakan yang terbaik iaitu padat dengan isi dan masak sempurna.

“Doa-doakanlah setiap hari Allah akan beri rezeki. Hari ni (4 Disember lalu), hari pertama kita mulakan. Setiap satu orang dapat satu biji,” kata tauke kedai itu.
Sumber: TikTok paktehfruits
