fbp
WeirdKaya BM

“Abang Sayang Aidil” – Penghidap Kanser Sempat Hadiahkan Telefon Sebelum Pergi Pada Hari Lahir Adik

Seorang pejuang kanser tulang (osteosarcoma), Muhammad Zafran Hadi mengundang rasa sebak netizen apabila memberikan hadiah buat adiknya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Sempat hadiahkan telefon

penghidap kanser sempat hadiahkan telefon

Menerusi hantaran di TikTok, Allahyarham Zafran sempat menunaikan hasratnya untuk menghadiahkan telefon baharu buat adik kesayangannya.

Bagaimanapun, pada jam 1.45 pagi Selasa (21 Oktober), Zafran disahkan meninggal dunia, pada hari lahir adiknya iaitu, Aidil Haziq.

@zfrn_had18

Video ni hari khamis lepas 16/10 Esok 21/10 Hari lahir Aidil haziq, satu-satunya adik lelaki Zafran. Selepas mama dan abah, Aidil lah yang paling banyak teman dan jaga abang. Geng tidur abang… geng sembang pasal bola… geng main game… geng segalanya. Abang selalu sebut, “Abang sayang Aidil, dan semua adik-adik abang.” ❤️ Tahun ni, Zafran nak sangat hadiahkan Aidil telefon baru sebagai tanda kasih untuk adik yang tak pernah berkira, yang selalu ada bila abang perlukan teman. Happy birthday Aidil Haziq, terima kasih, kerana sentiasa jadi adik yang kuat, penyayang, dan setia dengan abang. Abang sayang Aidil… sangat-sangat. ❤️

♬ original sound – zfrn_had18

“Esok 21 Oktober, hari lahir Aidil Haziq, satu-satunya adik lelaki Zafran.

“Selepas mama dan abah, Aidil lah yang paling banyak teman dan jaga abang. Geng tidur abang, geng sembang bola, geng main game, geng segalanya. Abang sayang Aidil dan semua adik-adik abang,” katanya.

Menurut arwah, hadiah itu merupakan tanda kasih buat adiknya yang tidak pernah berkira dan sentiasa ada ketika diperlukan sebagai teman sewaktu sakit.

“Happy birthday Aidil Haziq, terima kasih kerana sentiasa jadi adik yang kuat, penyayang dan setia dengan abang. Abang sayang Aidil sangat-sangat,”  jelasnya.

Difahamkan, jenazah Muhammad Zafran Hadi telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Seri Kundang selepas solat Zuhur pada Selasa.

Pihak keluarga turut memohon doa agar roh Zafran ditempatkan bersama orang-orang beriman.

@zfrn_had18

إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ Dengan penuh dukacita dan reda terhadap ketentuan Ilahi, kami memaklumkan bahawa Muhammad Zafran Hadi bin Mohd Fitrahaizul telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, Selasa, 21 Oktober 2025, jam 1.45 pagi. Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Seri Kundang selepas solat Zuhur. Mohon doa agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta beramal soleh. 🤍

♬ original sound – zfrn_had18

“Dengan penuh dukacita dan reda terhadap ketentuan Ilahi, kami memaklumkan bahawa Zafran telah kembali ke rahmatullah.

“Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,”  kongsi keluarga dalam kenyataan TikTok.

Artikel lain: Sahabat Sebak Diraikan Sempena Ulang Tahun – “Begini Rupanya Rasa Dihargai”

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 3.3 juta tontonan dan meraih lebih 230,000 tanda suka.

Sumber: TikTok zfrn_hd18


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > “Abang Sayang Aidil” – Penghidap Kanser Sempat Hadiahkan Telefon Sebelum Pergi Pada Hari Lahir Adik