Baru-baru ini tular, seorang penghantar makanan OKU berkongsi kisah sebak apabila dibantu oleh seorang budak kecil di sebuah kawasan kejiranan.
Menerusi perkongsian di Facebook, lelaki itu memberitahu budak lelaki berbangsa cina itu sanggup menunggunya, membukakan pintu bagi memudahkan urusan menghantar makanan.

“Budak ini nampak saya hendak masuk ke sebuah blok di kondominium lalu dia datang membantu membuka pintu pagar.
“Kemudian, dia beritahu bahawa dia akan tunggu supaya dapat membantu saya sekali lagi apabila saya keluar, dan ya dia betul-betul tunggu,” katanya di Facebook.
Penghantar makanan itu juga memberitahu budak kecil tersebut meluahkan rasa kagum terhadapnya kerana gigih mencari rezeki biarpun berdepan sedikit kekurangan.

“Walaupun dia dari blok lain, dia luangkan masa untuk bantu saya. Sebelum dia bergerak pergi, dia kata walaupun saya berkerusi roda, dia kagum kerana saya masih berusaha keras,” tambahnya.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi balas warganet dan rata-ratanya memuji sifat baik yang ditunjukkan oleh budak lelaki itu kerana prihatin memberi bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan.
Ibu bapa besarkan dengan baik

Moga tuhan merahmati

Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu telah meraih lebih 5,000 tanda suka dan dikongsikan lebih 138 kali di media sosial.
Sumber: Facebook Ayeed The Courier
