fbp
- Advertisements -
WeirdKaya BM

Pencipta Kandungan ‘Suasana Kampung’, Nazirul Hakim Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman

Al-Fatihah
Home > WeirdKaya BM > Pencipta Kandungan ‘Suasana Kampung’, Nazirul Hakim Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman

Pempengaruh yang terkenal dengan kandungan suasana kampung dan kehidupan di luar bandar, Nazirul Hakim telah meninggal dunia pada malam Khamis.

Berita pemergian Allahyarham Naz atau nama sebenarnya Muhammad Nazirul Hakim Arman,29 dikongsi oleh rakannya di platform x.

- Advertisements -

“Pada yang mengenali Nazirul Hakim atau lebih dikenali iamNazirul di media sosial, dia telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi. Al-Fatihah,” tulisnya.

Dalam pada itu, sahabat Allahyarham yang juga pencipta kandungan, Akhi Fairuz turut mengesahkan pemergian Nazirul disebabkan oleh jangkitan kuman.

“Telah pergi sahabat saya @iamnazirul ke negeri abadi jam 10 lebih malam tadi. Dari awal Disember beliau telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman,” katanya.

Terdahulu, Naz tular di media sosial dengan kandungan mengisahkan suasana kampung dan kehidupan masyarkat di luar bandar. Selain itu, Allahyarham juga memaparkan kandungan yang menunjukkan keindahan kehidupan di desa, antaranya seni bina rumah tradisional Melayu dan pekan-pekan kecil.


We are hiring writers!
We are hiring writers!