fbp
WeirdKaya BM

Pemuda Singapura Pecah Rekod, Makan Nasi Kandar RM300 Di Pulau Pinang.

Kenyang seminggu.

Nasi kandar merupakan makanan yang cukup terkenal di Pulau Pinang dan menjadi kegemaran ramai. NasI kandar selalunya disajikan bersama daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng.

- Advertisements -

Baru-baru ini tular satu hantaran yang dimuatnaik di platform Facebook oleh Nasi Kandar Sulaiman memaparkan seorang pempengaruh Singapura berjaya menhabiskan hidangan Nasi Kandar bernilai RM300 di gerai mereka.

- Advertisements -

Menurut pengendali Facebook NKS, lelaki Singapura bernama Zermatt Neo itu telah mencipta rekod baharu apabila memesan hidangan paling mahal dan menjadikannya jumlah paling tinggi dalam sejarah gerai terbabit.

“RM300. Pecah rekod. All time biggest ever record. Seorang makan. Orang Singapura. Dia memang seorang influencer TikTok buat video makan banyak-banyak. Siap bawa talam lagi.

- Advertisements -

“Nama TikTok dia Zermatt Neo. Kali ini dia datang NKS makan nasi kandar sampai RM300. Rekod paling tinggi dalam sejarah NKS. Kami tak panggil dia, dia sendiri yang datang makan,” kata NKS.

Nie paling padu berbanding pemecah rekod yang lain.. yang lain menang lauk tapi kalah nasi.

Pemuda singapura pecah rekod, makan nasi kandar rm300 di pulau pinang. | weirdkaya
Pemuda singapura pecah rekod, makan nasi kandar rm300 di pulau pinang. | weirdkaya

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya terkejut melihat nafsu makan lelaki Singapura itu dan ada juga yang cuba untuk merasai sendiri pengalaman makan di restoran Nasi Kandar terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!