fbp
WeirdKaya BM

Tak Kisah Tak Pandai Masak, Pablo Amirul Tetap Sayang Bakal Isteri

Pelakon Pablo Amirul mendedahkan bahawa dirinya tidak kisah jikalau bakal isteri, Dr Hana Rose tidak pandai memasak dan mengemas rumah.

Pablo Amirul tak kisah bakal isteri tak tahu masak

@pabloamirulofficial katanya nak rasa air tangan masakan pablo, so dia @drhanarose05 request masakan Ayam Masak Kicap ..so result dia minta masak lagi next time.. it's ok kalau you tak pandai masak and buat kerja rumah cause I can do it without problemo .. I still love you and anything for my woman, just focus on your career and branding ..the rest I handle it so you jangan fikir banyak dah , rest to Allah for better rezeki and #roadtohalalandjannah Have a look and visit @rosebayclinic ♬ Little Things – Adrián Berenguer
Pablo Amirul tak kisah bakal isteri tak tahu masak

Pablo atau nama sebenarnya, Amirul Hisham Bin Mohd Sakri, 40, menganggap perkara itu hanyalah masalah kecil sahaja apabila sudah berkahwin bahkan dia juga sebagai bakal suami sudah bersedia mengurus rumah tangga malah mahir juga di dapur.

Sementara itu, Pablo menjelaskan bahawa dia lebih suka melihat Dr Hana fokus dalam kariernya sebagai doktor estetik dan tidak menjadikan kekurangan itu sebagai satu masalah yang besar.

“Katanya nak rasa air tangan masakan Pablo, jadi dia (Dr Hana) minta masakkan Ayam Masak Kicap dan minta masak lagi nanti. Tak mengapa kalau awak tak pandai masak dan buat kerja rumah sebab saya tahu buat semua ini tanpa sebarang masalah.
“Saya tetap sayangkan awak dan saya hanya mahu awak fokus dalam karier serta jangan banyak berfikir. Kita serahkan semuanya kepada Allah untuk rezeki yang baik dan #roadtohalalandjannah,” kata Pablo di TikTok pada Ahad.
Pablo Amirul tak kisah bakal isteri tak tahu masak

Menjengah ke ruangan komen, warganet gembira melihat kemesraan pasangan ini dan mendoakan agar jodoh mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Malah ada juga wargamaya memuji Pablo sebagai seorang teman lelaki yang baik menerima pasangan tanpa melihat sebarang kekurangan dan kelemahan tertentu.

Muka sama, jodoh kuat

Pablo Amirul tak kisah bakal isteri tak tahu masak

Teman lelaki yang bagus

Pablo Amirul tak kisah bakal isteri tak tahu masak

Moga berkekalan

Artikel lain: Tengku Ampuan Pahang Juara Masak Acar Buah, Juri Terkejut Guna Nama Aminah Mahmood

Terdahulu, Pablo memaklumkan bahawa hubungannya bersama Dr Hana telah mendapat restu keluarga dan menunggu masa yang tepat untuk mendirikan rumah tangga


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Tak Kisah Tak Pandai Masak, Pablo Amirul Tetap Sayang Bakal Isteri