Pelakon versatil, Noorkhiriah menjadi perhatian warganet sempena menyambut hari kelahirannya yang ke47.
Noorkhiriah terima hadiah kain kafan

Menurut hantaran yang dimuat naik oleh Noorkhiriah di Instagram memaparkan dia menerima satu set kain kafan pemberian suami tercinta Azfaizul Ahtan sebagai hadiah sambutan ulang tahun.
“Assalamualaikum, kak tak tahu apa yang Allah nak bagi sebba benda yang dekat dengan kematian yang kak dapat pada hari lahir 2025.
“Yang ada di tangan tu tiada poket tiada labuci hingga seutas benang pun tiada, kak hanya menumpang keberkatan hari Jumaat sahaja, dibelakang rumah yang kekal berbekalkan kain kafan hadiah encik suami,” tulis Khiriah semalam.
Noorkhiriah atau nama lengkapnya Nookhiriah Ahmad Shapie, terkejut menerima hadiah kain kafan kerana tidak tahu perancangan apa yang Allah sedang susun buat dirinya dan berdoa semoga dipanjangkan umur untuk terus istiqamah di jalan yang benar.
Artikel lain: “Selamat Hari Lahir Abah” – Netizen Sebak Lihat Pak Cik TikTok Sambut Ulang Tahun Sendirian

“Lain macam 11 bulan 4 tahun ini. Terima kasih Allah masih memanjangkan umur yang dah singkat ini untuk buat apa yang patut.
“Terima kasih juga buat mak, minta halalkan air susu dan terima kasih encik suami atas doa dan hadiah. Akhirnya, tahniah sebab dah dekat dengan kematian,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Noorkhiriah mendedakan telah berjaya mempunyai empat buah kenderaan yang dijadikan sebagai van jenazah dan menawarkan perkhidmatan secara percuma dalam tujuan misi perjalanan akhir itu.
Untuk info, Noorkhiriah mendirikan rumah tangga bersama Azfaizul Ahtan sejak 18 tahun lalu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Hudhaifah, 15; Muhammad Yusoff, 13, dan Nur, 6.
