Usahawan Noor Nabila, menitipkan ucapan istimewa buat adiknya iaitu Ameera Khan sempena sambutan ulang tahun kelahiran.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Noor Nabila menyifatkan adiknya merupakan individu yang begitu luar biasa namun tetap merendah diri biarpun sudah mengecapi banyak kejayaan.
“Awak dah capai banyak perkara sepanjang perjalanan karier awak. Satu pencapaian yang mungkin orang lama dalam industri pun belum tentu dapat rasa.
“Awak terpilih untuk mewakili Malaysia, menjelajah dunia, bekerja dengan jenama-jenama antarabangsa yang besar dan dibayar untuk buat apa yang awak suka namun masih merendah diri.
“Orang boleh bercakap dan dengki memang dengan awak tapi tahu tak? Mereka takkan pernah jadi awak,” kata Nabila di Instagram.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu turut menegaskan kejayaan adiknya itu merupakan hasil titik peluh sendiri biarpun sering dimanjakan dalam keluarga.
“Awak memang selalu dimanjakan tetapi awak juga boleh berjaya dan itu adalah kehidupan yang seimbang.
“Tetapi awak boleh beli apa yang awak nak (selain apa yang mama dan daddy dah manjakan awak). Awak betul-betul hidup dalam impian yang orang lain hanya mampu bayangkan dan paling best awak dapat capai semuanya dengan usaha sendiri,” jelasnya.
Di akhir perkongsian, usahawan itu menegaskan bahawa dia dan keluarga akan tetap berada di belakang Ameera dengan menyokong dalam setiap perkara positif yang diusahakannya.
Sumber: Instagram noornabila
