Isteri kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menuai perhatian ramai apabila menegur suaminya yang terlalu rajin dalam mencari rezeki.
Rajin cari rezeki

Menerusi hantaran di Threads, Shahida berkongsi momen kelakar bersama Aliff yang taksub berniaga biarpun sedang menjamu selera.

“Selamat pagi, tengah breakfast tapi entah suami siapa ni tak malu betul, boleh pula berniaga.
“Sangkak ek, agak-agak bini dia macam dia juga tak,” ciapan Shahida, hari ini.
Sebelum ini, ibu kepada enam cahaya mata itu turut menghiburkan warganet dengan memaparkan keadaan suaminya yang dilihat terlalu kelaparan.

“Kesian anak bonda lapar,” tulisnya.
Artikel lain: Meniaga Sambil Baring, Aliff Syukri Kerja Keras Cari Rezeki – “Komitmen Aku Banyak”
Untuk rekod, Aliff Syukri mendirikan rumah tangga bersama Nur Shahida pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.
Sumber: Threads @shahidadherbs
