fbp
WeirdKaya BM

“Ni Mesti Halal!” – Do’Stim Tawar Dumpling Versi Cina Muslim Paling Sedap Di Shah Alam.

Pastikan halal, baru beli!

Dumpling atau ladu merupakan salah satu jenis dimsum yang digemari oleh masyarakat kini. Dumpling selalunya diisi dengan daging cincang dan sayur-sayuran sebelum digoreng atau dikukus.

- Advertisements -

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok, memaparkan sebuah gerai cina muslim mendapat sambutan hangat kerana keenakan dumpling yang dijual.

- Advertisements -
@ezlokal.food Sedap sangat, banyak giler pilihan dumplings! #klfoodie #MakanLokal #MYFoodie #foodhuntingkl #malaysiafood #chinesefood #dumplings #shahalam ♬ Kupu Kupu Tiara Andini – tiaraandroid

Do’Stim berlokasi di B-LG-2, Vista Alam, Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14, Shah Alam (Central), 40000. Restoran ini dibuka setiap hari bermula jam 11:30 a.m. hingga 9:30 p.m.

Deep Frried Dumpling menu wajib cuba apabila berkunjung ke restoran ini. Kulit ladu yang rangup dengan inti yang sangat juicy dan flavourful memang cukup menagihkan. Siu Mai, tekstur rasa udang dan ketam yang sangat kuat memang berbaloi dan puas hati.

- Advertisements -

Steamed Chicken Dumpling dicicah bersama chili oil yang pekat dan likat dengan minyak memang sangat sedap. Boiled Chicken Dumpling, campuran bersama sup membuatkan satu rasa yang sangat unik dan lain dari yang lain.

3x ulang cari nama kedai, nak pergi ni!

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya terliur dan ada juga tidak sabar untuk berkungjung ke restoran terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!