Baru-baru ini tular di media sosial, seorang usahawan terkenal Kieda Crepe mendedahkan bahawa dirinya dijangkiti penyakit herpes.

Berita itu dimaklumkan oleh Kieda sendiri dan telah menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan pelanggan yang ingin membeli produknya kerana takut terkena jangkitan penyakit tersebut.
Menerusi satu perkongsian di Facebook Public Health Malaysia (PHM) menjelaskan bahawa pelanggan yang membeli barang jualan peniaga yang dijangkiti simplex virus (HSV-1) berdepan dengan risiko rendah untuk terkena virus itu.

“Risiko rendah” kata PHM setelah disolah oleh pengguna media sosial yang inginkan kepastian.
Bukan itu sahaja, dilihat perkara ini mendapat liputan meluas setelah pihak PHM sendiri memuat naik satu poster berkaitan jangkitan herpes dan punca penyakit itu boleh menjangkiti manusia.
Tidak sampai di situ sahaja, ada juga individu lain yang bertanya sekiranya peniaga terkena virus HSV-1 menggunakan peralatan makanan bagi penyedian produk seperti crepe adakah virus terbabit boleh merebak dan berjangkit kepada pelanggan.

Oleh itu, bagi menjawab pertanyaan itu, PHM menafikan bahawa virus ini boleh merebak melalui peralatan makanan yang digunakan oleh individu dijangkiti herpes.
Namun begitu, PHM tidak menidakkan bahawa HSV-1 sangat mudah dijangkiti walaupun tiada luka yang nampak dan sekali gus menjelaskan beberapa punca penyakit ini boleh berjagkit.
“Ciuman kasih sayang walaupun luka tak kelihatan, berkongsi gelas, sudu, berus gigi atau tuala.
“Selain itu, menggunakan lip balm atau lipstick orang lain, oral sex walaupun pasangan tidak ada bergejala dan sentuhan tangan ke mulut selepas menyentuh luka orang lain,” jelasnya lagi.
PHS juga menasihati agar orang awam peka dengan jangkitan virus ini dan lebih berwaspada menjaga kesihatan diri demi mereka yang tersayang.
Sumber: Facebook Public Health Malaysia
