Pempengaruh Sally Whoo, menjadi perhatian warganet apabila berkongsi ulasan berkenaan rasa dan tekstur Pizza Mendonia milik usahawan dan personaliti media sosial Cik Epal.

Menerusi perkongsian di Threads, Sally atau nama lengkapnya Nur Salihah Aimuni Muhammad Azaham dipuji wargamaya kerana jujur memberikan rating 7/10 selepas merasai piza tersebut.
Dalam pada itu, Sally turut berkongsi beberapa pandangan untuk penambahbaikan agar rasa pizza bertambah enak dan dapat membantu perniagaan supaya lebih maju.
Beri ‘review’ jujur

“Aku bagi 7/10, mana lagi 3?
“Pertama, kena banyakkan sos lagi sikit. Kedua, mungkin lebihkan keju dan ketiga Jalapeno kena banyak supaya setiap gigitan ada rasa cili dan sumpah sedap,” ciapan Sally, semalam.
Bagaimanapun, Sally berpuas hati dan memuji kualiti pizza yang begitu premium dengan rasa yang begitu unik dan tidak sama seperti pizza lain.

“Overall aku suka. Wagyunya terasa, lembut & banyak. Kalau korang pernah makan pizza wagyu dulu zaman mula-mula tu, yes sama.
“Its not typical sos yang kau jumpa kt pizza. Doh lembut tak soggy walaupun lala sejam tadi.
“Okay ni based on tekak aku,” terangnya.

Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet yang menyifatkan usahawan itu sebagai seorang yang jujur dan berharap Cik Epal dapat melihat semula ulasan tersebut bagi melakukan proses penambahbaikan.
Review tak pilih kasih

Perbaiki mana kurang

Tak sabar nak cuba

Artikel lain: Jofliam Tamat Zaman Duda, Cik Epal Kirim Ucapan – “Tahniah Han & Yuki Dapat Bibik Baru”
Sekadar info, menu utama yang wajib cuba iaitu Wagyu Pizza dijual pada harga RM135, lengkap dengan sijil SSM dan hasil penyelidikan (R&D) sebelum dilancarkan kepada umum.
Sumber: Threads nrsalihah
