fbp
WeirdKaya BM

Netizen Pelik Flat Croissant Nampak Keras & Sejuk! – “Memang Macam Tu Tapi Sumpah Sedap.”

Selalu macam mana eh?

Flat croissant merupakan sejenis croissant yang memiliki bentuk yang lebih nipis dan rasanya sama sahaja seperti croissant biasa. Bentuk yang leper memudahkan lagi pencuci mulut ini dimakan dan teksturnya sedikit lebih rangup.

- Advertisements -

Cromboloni pula merupakan olahan pastri gabungan antara croissant dan bomboloni. Cromboloni dikatakan menuai populariti pada tahun 2020-an melalui media sosial sehingga kini. Hidangan ini memiliki tekstur yang sedikit buttery bersama topping pelbagai flavour.

- Advertisements -

Baru-baru ini tular di TikTok, memaparkan sebuah kafe menjual flat croissant dan cromboloni menerima pelbagai reaksi balas daripada netizen.

@ezlokal.food Tak tahu pula ada yang dekat and sedap di Shah Alam ni. Cromboloni tu hari hari makan pun tak muak😭 must try Sugarstar Hq #cromboloni #viral #food #foryou #shahalam #croissant #klfoodie ♬ FOREVER – BABYMONSTER

Sugarstar Hq, bertempat di Jalan Setia Utama AR U13/AR, SETIA ALAM, 40170 Shah Alam, Selangor. Beroperasi dari jam 10:00 a.m. hingga 10:00 p.m.

- Advertisements -

Cromboloni pencuci mulut wajib cuba dan flavour paling enak ialah Pistachio. Biarpun sedikit flaky namun bahagian dalamnya sangat lembut dan begitu sedap. Kombinasi antara mentega dan kacang memang sangat sesuai ditambah rasa manis yang seimbang.

Flat Croissant pula begitu rangup dan setiap gigitan memberi satu kepuasan yang sukar untuk diterjemahkan. Chocolate Cheese in Cup pula khas buat mereka yang suka akan manis dan rasa keju yang tidak muak. Portion yang ditawarkan juga sangat banyak dan tentunya berpuas hati.

Kenapa croissant dia nampak macam keras dah sejuk?

Netizen pelik flat croissant nampak keras & sejuk! -
Netizen pelik flat croissant nampak keras & sejuk! -

Menelusuri ke ruangan komen, warganet terkejut melihat flat croissant dan ada juga yang memberikan sedikit perkongsian dan pencerahan berkaitan makanan terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!